Hari Ini:
 

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI AKAN MENGANJURKAN ROADSHOW SEMINAR IBS BUMIPUTERA DI SELURUH MALAYSIA MENGIKUT ZON UTARA, TENGAH, SELATAN, TIMUR, SABAH DAN SARAWAK, HUBUNGI 03-8880 5364 / 03-8880 5363 ATAU LAYARI WWW.PKK.MECD.GOV.MY, MASUK ADALAH PERCUMA.
 

 
 
 

Fungsi Dan Agensi MeCD Ke Lapan Kementerian Lain
Maklumat Pinjaman Kewangan Untuk Peniaga Kecil Kurang
DPMM Harap MECD Dikekalkan
Kerajaan Belanja RM3.2 Bilion Bagi 198 Program PKS Tahun Lepas
Kajian Kesan Terhadap IKS Diumum Bulan Depan
MARA Anjur Karnival Jualan Mega Untuk Naikkan Aliran Tunai IKS
Usahawan Bumiputera Sarawak Digalak Ceburi Industri Ternakan Ruminan
Pegawai JPJ Sambut Baik LPKP Di Bawah Kementerian Pengangkutan

[senarai berita]  

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para usahawan

Dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, MeCD komited merangka langkah-langkah yang dijangka dapat membantu mengukuhkan nilai ringgit bagi menstabilkan ekonomi negara. Acara tahunan kementerian iaitu Gerak Usahawan Nasional yang berlangsung selama tiga hari pada awal Februari mempertemukan usahawan Malaysia dari dalam dan luar negara untuk membantu usahawan baru dan bakal usahawan dalam merencanakan masa depan perniagaan masing-masing.

Program ini menjadi platform kepada usahawan untuk membina jaringan perniagaan dan mewujudkan rantaian nilai perniagaan selain memberikan peluang kepada mereka untuk mempromosikan produk. Selari dengan usaha itu juga MeCD memohon supaya peruntukan bagi program Groom Big tahun ini ditambah, bagi membolehkan lebih banyak produk tempatan menembusi pasaran yang lebih luas seperti di pasar raya besar dan untuk tujuan eksport.

Selain itu MeCD melalui agensi-agensinya terus menyediakan pelbagai bentuk bantuan, daripada pinjaman kewangan kepada latihan kemahiran dan kemudahan mendapatkan premis bagi memulakan atau mengembangkan perusahaan.

Dengan kekuatan sumber dan kesungguhan di pihak kerajaan serta komitmen padu agensi-agensi bertanggungjawab, apa yang perlu sekarang ialah kesanggupan para usahawan dan bakal usahawan khususnya para siswazah untuk merebut peluang yang tersedia. Kalau dulu produk kampung makan sekampung, kini potensi untuk produk industri kecil berkembang hingga ke peringkat antarabangsa semakin cerah. Kerepek ubi, rempeyek, malah budu dan bermacam lagi hasil keluaran usahawan IKS kini terbukti berjaya meraih bahagian pasaran di pasar raya bumi asing. Jika usaha niaga sebegini, terutamanya perniagaan francais yang melibatkan produk atau perkhidmatan yang khusus, diusahakan oleh golongan siswazah yang mempunyai ilmu dan kemahiran, tentulah potensi hasil dan kejayaannya lebih besar.

Dalam pada itu, berdepan dengan kemungkinan peningkatan pengangguran di kalangan siswazah kesan kelembapan ekonomi, MeCD mengambil langkah mempergiat penyediaan latihan kemahiran. Latihan teknikal dan kemahiran perniagaan dijalankan secara berterusan supaya para graduan baru mahupun siswazah yang kehilangan pekerjaan mampu terus berdiri sekiranya negara dilanda krisis ekonomi yang lebih serius.

Teruskan melayari laman ini untuk membaca lebih banyak liputan berita sekitar dunia usahawan, koperasi dan IKS. Untuk laporan aktiviti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agensi-agensinya, kunjungi Portal Usahawan di www.mecd.gov.my.

 
 
   
   
 
   
 
   
 
   
 
 

Mengapakah kita tidak melibatkan diri dalam perniagaan sekalipun kita tahu ia adalah sumber rezeki terbaik?
 
 
 
archive
 
 
Ditubuhkan pada 2005 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), INSKEN berfungsi sebagai pusat sehenti bagi para usahawan dan bakal usahawan.

Institut ini menyediakan perkhidmatan khusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), risikan pasaran (market intelligence), kaunseling, jaringan dan latihan langsung dalam industri untuk mereka yang sedang merancang untuk menjadi usahawan mahupun yang sudah bergelar usahawan.

[lagi]

 
 
Sesebuah perniagaan yang berjaya bermula dengan pelan yang baik. Sebagai panduan asas, sebuah pelan perniagaan yang baik perlu mempunyai empat ciri iaitu: 1. Mudah difahami. 2. Jelas – mengandungi perincian aktiviti, jadual pelaksanaan, bajet dsb. 3. Munasabah dari segi sasaran, bajet, tarikh pelaksanaan dsb. 4. Lengkap – disertakan dengan semua perkara yang diperlukan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
 
 
Dibuang Kerja Dorong Jafferil Ceburi Bidang Perniagaan
  Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Apabila syarikat di mana dia bekerja sebagai eksekutif akaun terpaksa memberhentikan operasi akibat kegawatan ekonomi dan dia sendiri diberhentikan kerja pada 2002, Ahmad Jafferil Ismail tidak cepat berputus asa.

Beliau juga tidak mengambil keputusan terburu-buru untuk pulang sahaja ke kampung halaman kerana dia tidak mahu menyusahkan orang tuanya.

Bagi anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan ini, dia juga bukan seorang yang mudah mengalah. Dia juga masih menaruh keyakinan kota metropolitan Kuala Lumpur yang didatanginya pada 1993 masih sebuah 'lubuk emas' yang menyimpan seribu macam peluang ...
 

 [senarai rencana] [lagi]  

 


Foto

 
 

Utama | Berita | Tentang MECD | Hubungi Kami | Pautan

Hak Cipta © 2009 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara. Penafian.