Hari Ini:
 

  Pengenalan
Program 'Groom Big' - Pembangunan Usahawan Kosmetik dan Herba bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan Bumiputera bukan sahaja membangunkan produk keluaran mereka menerusi Penyelidikan & Pembangunan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, tetapi lebih kepada melahirkan usahawan yang profesional, berketerampilan dan berdaya saing melalui pendidikan dan latihan yang berterusan.

Kumpulan Sasaran
Fokus utama program ini adalah untuk usahawan kecik dan sederhana Bumiputera yang mengeluarkan produk kosmetik dan herba yang berpotensi untuk dibangunkan di bawah Program 'Groom Big' Kosmetik dan Herba. Antaranya ialah:

- Pengeluar Produk Kosmetik
- Industri Ubatan Tradisional
- Industri Jualan Langsung
- Pengusaha Salon Kecantikan
- Pusat Latihan Kecantikan

Bantuan
80% daripada kos projek yang dilaksanakan akan dibiayai oleh geran dan 20% oleh usahawan

Syarat Kelayakan Asas
- Berdaftar di bawah Akta Perniagaan (ROB) 1956 atau Akta Syarikat (ROC) 1965
- Milik Penuh Bumiputera
- Mempunyai Kemudahan Pengeluaran
- Tidak mendapat bantuan daripada agensi lain untuk program yang sama
- Berkemampuan untuk membiayai 20% daripada kos projek

Perlaksanaan Program
Permohonan --> Penilaian Awal --> Pembentangan Cadangan Projek --> Kelulusan --> Perlaksanaan Projek --> Penilaian dan Penamatan Projek

Objektif
- Program 'Groom Big' - Pembangunan Usahawan Kosmetik dan Herba ini ditawarkan kepada industri kecil dan sederhana Bumiputera yang layak dan terlibat secara langsung dalam industri pembuatan dan pemasaran produk kosmetik dan herba melalui program:

- Penyelidikan & Pembangunan - Pemprosesan bahan mentah, pembangunan produk siap, kajian skala menaik, pengeluaran percubaan produk, kajian pasaran produk dan program inkubator SIRIM

- Khidmat Rundingan - Penyediaan kilang mengikut Amalan Perkilangan Baik (APB), Amalan Peningkatan Kualiti (APK), Persijilan Halal, rekabentuk pembungkusan produk dan pembangunan jenama produk

- Latihan / Kursus / Seminar / Bengkel

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
Bahagian Pembangunan Perniagaan,

Aras 6, Bilik Menara, Lot 2G6, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA

Tel: 03-8880 5285 / 5286
Faks: 03-8880 5316
http://www.mecd.gov.my
 
  Jabatan Pemasaran,
Pembangunan Perniagaan dan Jualan,
Bahagian Penyelidikan dan Teknologi SIRIM Berhad,

No. 1, Persiaran Dato' Menteri, Seksyen 2,
Peti Surat 7035, 40911 Shah Alam,
SELANGOR

Tel: 03-5544 6050 / 6062 / 5931
Faks: 03-5519 4055
  Pusat Teknologi Alam Sekitar dan Bioproses,
Bahagian Penyelidikan dan Teknologi SIRIM Berhad,

No. 1, Persiaran Dato' Menteri, Seksyen 2,
Peti Surat 7035, 40911 Shah Alam,
SELANGOR

Tel: 03-5544 6969 / 6958 / 6951
Faks: 03-5544 6988
 
 
     
 

 
   
   
 
   
 
   
 
   
 
 

Mengapakah kita tidak melibatkan diri dalam perniagaan sekalipun kita tahu ia adalah sumber rezeki terbaik?
 
 
 
archive
 

Utama | Berita | Tentang MECD | Hubungi Kami | Pautan

Hak Cipta © 2009 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara. Penafian.