- Utama
- |
- Eksklusif
- |
- Berita
- |
- Arkib Berita
- |
- Siaran Akhbar
- |
- Cadangkan Kami
- |
- FAQ
Servis-servis IWK
- Tangki Septik Individu
- Pembetungan Bersambung
- Rawatan Enapcemar
- Membaik Pulih
Advertorials
Perkhidmatan Tangki Septik Individu>
Sistem pembetungan yang banyak terdapat di Malaysia ialah tangki septik individu. Dianggarkan lebih kurang 1.2 juta premis mempunyai tangki septik inidividu. Tangki septik individu yang sempurna iaitu mengikut Piawaian Malaysia – MS 1228 mempunyai 3 sehingga 4 penutup logam bersegi empat tepat dan pada lazimnya berada di luar kawasan premis sama ada di bahagian hadapan, belakang atau tepi premis. Adakalanya, tangki septik tersebut berada di dalam premis yang telah diubahsuai. Kumbahan (najis) yang mengalir ke dalam tangki septik tidak menjalani rawatan sepenuhnya dan oleh itu tangki septik tersebut perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun sekali; untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien. IWK menyediakan perkhidmatan mandatori dan amat penting ini.



