- Home
- |
- Exclusive
- |
- News
- |
- Archived News
- |
- Press Release
- |
- Recommend Us
- |
- FAQ
IWK Services
- Individual Septic Tank
- Connected Services
- Sludge Treatment
- Refurbishment
Advertorials
Press Release>
PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA (MASM) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2006
Sabtu, 18 November 2006, Cyberjaya: Indah Water telah menyertai pameran yang bertemakan "Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama" anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Sepang di Cyberpark (Taman Tasik Cyberjaya).
Majlis pembukaan yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo yang dihadiri oleh semua kakitangan Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Sepang serta para jemputan terdiri daripada syarikat-syarikat swasta yang beroperasi di sekitar Cyberjaya.
"Matlamat pameran ini diadakan adalah semata-mata untuk memberi kesedaran kepada pengguna-pengguna bahawa pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak dan bukan sahaja tanggungjawab pihak Kerajaan atau bergantung pada agensi-agensi tertentu" jelas Shahrul Nizam b Sulaiman, Pengurus, Indah Water.
Taman Tasik Cyberjaya atau 'Cyberpark' telah terpilih sebagai tapak pameran kerana keindahan flora dan fauna, taman permainan, tapak-tapak riadah serta tasik-tasik yang masih bebas daripada pencemaran.
"Penyertaan Indah Water di dalam setiap aktiviti dan pameran yang diadakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri atau Persekutuan adalah untuk bersama-sama memberi kesedaran kepada pengguna-pengguna bahawa perkhidmatan dan sistem pembetungan amatlah penting dalam pemuliharaan alam sekitar" kata Shahrul Nizam lagi.
"Masih terdapat ramai pengguna yang tidak prihatin tentang penjagaan kebersihan alam sekitar, terutama sekali di kalangan penghuni, rumah kos rendah, rumah pangsa dan pangsapuri. Selain daripada membuang sampah sarap dengan sewenang-wenangnya daripada premis mereka, penghuni-penghuni ini juga gagal menunaikan tanggungjawab menjelaskan Bil Pembetungan bagi perkhidmatan yang telah disediakan" kata Shahrul Nizam.



