FAMAlink

Berita

Eksklusif
Aktiviti & Acara
Info Awam
  LAIN-LAIN
Fakta FAMA
Buah-Buahan Malaysia
Petikan Pengarang
Pautan

‹‹ Kempen ››

 Laman Utama      Mengenai FAMA       Arkib     Hubungi Kami

English Version

 

 

 

‹‹ Pautan ››

 

  

   

 

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama banyak agensi kerajaan yang lain termasuk FAMA sentiasa komited dalam usaha meningkatkan pengeluaran bahan makanan khususnya sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan daging diproses; ke arah mengurangkan import, meningkatkan eksport dan menggalakkan usaha hiliran.  Penekanan juga diberikan kepada sektor perikanan, dengan melipatgandakan output produk-produk akuakultur bagi penggunaan domestik dan juga untuk pasaran eksport.

 FAMA, sebagai agensi peneraju dalam pemasaran produk pertanian negara, terus memperkenalkan inisiatif baru dalam meningkatkan pengeluaran makanan selain mengambil langkah-langkah memperkukuh daya saing sektor ini.

 Projek Taman Kebun Dapur yang diusahakan FAMA bersama Felda contohnya, bakal memberi faedah kepada seramai 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara, manakala pihak Kementerian pula sedang mengenal pasti syarikat-syarikat tempatan untuk menjalin program usaha sama dalam memasarkan buah-buahan Malaysia ke negara-negara Timur Tengah.

 Menerusi Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS), FAMA membuka peluang kepada semua warga Malaysia dari institusi pengajian tempatan dan asing untuk mengambil bahagian dalam aktiviti niaga tani terpilih, dalam usaha mengurangkan pengangguran dan membangunkan kemahiran keusahawanan di kalangan para siswazah. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada siswazah menganggur untuk memulakan perniagaan tani sendiri malah menawarkan khidmat nasihat dan bantuan kepada mereka untuk memasar dan mempromosi produk mereka secara langsung kepada pengguna.

 Pada masa yang sama, peladang dan usahawan tani tempatan disaran mencontohi Thailand dalam memajukan sektor pertanian. Hasil lawatan empat hari ke negara jiran itu pada Oktober lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed menyimpulkan bahawa banyak yang boleh dipelajari Malaysia daripada Thailand.  Menurut Mustapa, Malaysia perlu mencontohi negara itu terutama dari segi kesungguhan, ketekunan dan kegigihan rakyat mereka dalam merealisasikan dengan sebenar-benarnya slogan "Pertanian Adalah Perniagaan".

 FAMA juga peka terhadap kepentingan pengguna yang kini lebih berwaspada terhadap penyakit bawaan makanan. Dalam rantaian pengeluaran makanan dari ladang ke meja makan, pengguna inginkan perlindungan yang lebih terjamin. Punca dan aliran rantaian bahan makanan perlu mudah dikesan.

 Seiring perkembangan itu FAMA merancang untuk menguatkuasakan sistem piawaian bagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di Malaysia mulai April ini.   Peraturan ini akan mewajibkan pengimport, pemborong dan peruncit mematuhi standard pengeluaran makanan antarabangsa.  Melalui kaedah penggredan itu semua komoditi dikehendaki melalui proses MS yang menetapkan produk itu digred, dibungkus dan dilabel terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada orang ramai.  Dengan ini pembeli akan mendapat maklumat tepat mengenai sumber makanan mereka.

  

 

 

 

 
 

© 2008 BERNAMA. All Rights Reserved. Privacy policy | Terms of use
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.