FAMAlink

Berita

Eksklusif
Aktiviti & Acara
Info Awam
  LAIN-LAIN
Fakta FAMA
Buah-Buahan Malaysia
Petikan Pengarang
Pautan

‹‹ Kempen ››

 Laman Utama      Mengenai FAMA       Arkib     Hubungi Kami

English Version

 

 

 

‹‹ Pautan ››

 

  

   

  Gerai Buah-buahan Batu 32 Jalan Sandakan-Kota Kinabalu Dinaik Taraf

SANDAKAN, 3 Nov (Bernama) -- Fama merancang untuk menaik taraf gerai buahan-buahan di Batu 32 Jalan Sandakan-Kota Kinabalu supaya lebih seragam dan bersih.

Pegawai Fama Sandakan, Arwan Yakung, berkata perancangan itu melibatkan pembinaan 60 gerai kekal yang membolehkan peniaga selesa menjual buah-buahan bagi menambah pendapatan mereka.

"Pembinaan gerai kekal itu selaras dengan hasrat untuk membina gerai menjual produk tempatan di setiap kawasan perhentian orang ramai," katanya selepas melawat gerai itu bersama ahli Majlis Perbandaran Sandakan di sini pada Selasa.

Arwan berkata gerai yang ada sekarang tidak teratur dan berada dalam keadaan usang yang menjejaskan tempat yang terkenal sebagai kawasan persinggahan orang ramai yang menggunakan laluan Sandakan-Kota Kinabalu dan Tawau-Kota Kinabalu.

Katanya Fama sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mendapatkan kebenaran menggunakan kawasan sedia ada yang terletak di atas tanah simpan jalan raya.

-- BERNAMA

 
 

© 2008 BERNAMA. All Rights Reserved. Privacy policy | Terms of use
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.