FAMAlink

Berita

Eksklusif
Aktiviti & Acara
Info Awam
  LAIN-LAIN
Fakta FAMA
Buah-Buahan Malaysia
Petikan Pengarang
Pautan

‹‹ Kempen ››

 Laman Utama      Mengenai FAMA       Arkib     Hubungi Kami

English Version

 

 

 

‹‹ Pautan ››

 

  

   

  FAMA Beli Kubis Pekebun Cameron Highlands 75 Sen Sekilo

CAMERON HIGHLANDS, 25 Okt (Bernama) -- Bagi menyelesaikan masalah lambakan kubis bulat tanaman pekebun sayur di Cameron Highlands berikutan harga rendah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari Ahad meningkatkan harga belian kepada 75 sen sekilogram.

Tawaran harga belian kubis itu diumumkan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz pada majlis diolag dengan Pertubuhan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands di Brinchang di sini.

Mohamed Shariff berkata selain menaikkan harga kepada 75 sen sekilogram, FAMA akan mengambil beberapa langkah segera bagi mengawal harga sayuran itu daripada terus menjunam.

Katanya sebuah jawatankuasa khas melibatkan FAMA, wakil pertubuhan serta pekebun sayur akan dibentuk bagi memantau jumlah pengeluaran tempatan manakala usaha juga akan dilakukan bagi membendung kemasukan kubis bulat daripada melebihi jumlah AP (permit import) yang dibenarkan.

"FAMA akan membuat kajian menyeluruh mengenai jumlah AP kubis dan jika bekalan yang diterima dari Cameron Highlands melebihi daripada biasa, jumlah yang dibenarkan diimport seharusnya dikurangkan," katanya.

Turut serta pada sesi dialog itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands, Datuk S.K. Deevamany.

Setiausaha pertubuhan pekebun itu, Chay Ee Mong berkata pertubuhan itu menghargai komitmen FAMA dalam membantu menyelesaikan masalah harga kubis berkenaan dengan membeli pada harga 60 sen sekilogram mulai Khamis.

"Beberapa hari lalu, FAMA ambil (beli) dengan harga 60 sen dan saya sendiri secara peribadi tidak sangka akan naik sehingga 75 sen," katanya.

Pertubuhan itu awal minggu ini bercadang melonggokkan kubis bulat di pejabat FAMA di sini bagi memprotes kejatuhan harga sayur berkenaan sehingga 30 sen sekilogram yang dikatakan berpunca daripada lambakan kubis bulat import.

-- BERNAMA

 
 

© 2008 BERNAMA. All Rights Reserved. Privacy policy | Terms of use
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.