Saturday : Jul 26, 2014 : : Laman Utama  : : Arkib Maklumbalas
 
   
   
 
 

SITA BARANG JIKA GAGAL LETAK TANDA HARGA (Berita Harian: 14-08-2013) - KPDNKK

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah ingin menarik perhatian terhadap aduan yang dikemukakan oleh Rohayu Dahan, Kota Kinabalu,  Sabah yang disiarkan dalam Berita Harian dalam segmen Suara Komuniti bertarikh 14 Ogos 2013. Pengadu dalam aduannya memaklumkan bahawa masih ramai peniaga tiada meletak tanda harga pada barangan niaga mereka. Keadaan tersebut menimbulkan kesukaran kepada pengguna. Beliau mohon penjelasan mengenai apakah bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas peniaga sepeti itu.

Kementerian ini mengucapkan berbanyak terima kasih atas maklumat yang diberikan untuk pihak kami bertindak.

Peniaga di Sabah disaran mengutamakan penandaanharga kerana ia maklumat penting kepada pengguna berkaitan sesuatu barang yang dipamer untuk jualan. Langkah itu juga membolehkan pengguna membuat perbandingan harga sebelum melakukan pembelian.

Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 mewajibkan peniaga meletak tanda harga setiap barangan dipamer untuk jualan.

Tindakan boleh diambil termasuk menyita barangan sekiranya didapati tidak patuh terhadap peraturan itu.

 

Datuk Jainab Ahmad Ayid

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah

   



 



2014 . All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution