Bernama.com
Am 02 Ogos, 2013 17:31 PM
 
PNM Anjur Pertandingan Cipta Buku Skrap Multimedia


KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan pertandingan Mencipta Buku Skrap Multimedia Kemerdekaan Peringkat Sekolah Malaysia 2013 untuk menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan ke-56.

Dalam kenyataan hari ini, PNM berkata peraduan bertemakan 'Perpaduan Rakyat Teras Kemakmuran' itu bertujuan memupuk semangat cintakan negara di peringkat awal menerusi pelajar dengan menggunakan pendekatan multimedia kreatif.

Tarikh tutup penyertaan bagi pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai itu ialah 30 Ogos.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati dengan melayari www.pnm.gov.my

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels