Bernama.com
Am 11 Oktober, 2010 18:57 PM
 
Produk Kecantikan Tidak Berdaftar Dirampas Di Kelantan


KOTA BAHARU, 11 Okt (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Kelantan telah merampas beberapa produk kecantikan termasuk bahan suntikan vitamin C yang berbahaya kepada kesihatan pengguna di beberapa tempat di sini.

Pengarah Kesihatan Kelantan Dr Mohd Kamil Hassan berkata kebanyakan produk kecantikan itu tidak berdaftar untuk digunakan di negara ini dan dikategorikan sebagai berbahaya dan berisiko kepada kesihatan.

Beliau memberitahu pemberita Isnin bahawa Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Kelantan telah menyerbu tiga premis di sekitar daerah Kota Baharu kerana didapati menjual pelbagai jenis ubat tidak berdaftar termasuk suntikan Vitamin C dan produk kecantikan yang mempunyai plasenta manusia.

"Tiga serbuan berasingan itu dilakukan pada 5 Okt lalu hasil maklumat orang awam dan intipan yang dilakukan beberapa hari sebelum itu," katanya.

Dr Kamil berkata, yang dirampas dalam serbuan berkenaan adalah beberapa jenis ubat perangsang seks.



-- BERNAMA


Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels