Bernama.com
Am 12 September, 2010 11:27 AM
 
Penduduk Labuan Hampir 100,000


LABUAN, 12 Sept (Bernama) -- Jumlah penduduk Labuan dijangka meningkat kepada hampir 100,000 berdasarkan kepada statistik yang bakal dikeluarkan berikutan proses pembancian yang selesai baru-baru ini.

Penolong Pesuruhjaya Banci Labuan Manisah Mahmud berkata 62 pegawai banci dilantik untuk membuat pembancian di 186 blok dalam kawasan Labuan dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas.

"Kami anggarkan pertambahan penduduk pada kadar 10 hingga 15 peratus pada tahun ini, dan ini adalah berdasarkan kepada anggaran jumlah 85,000 penduduk pada tahun 2008," katanya kepada Bernama, di sini.

Katanya walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, termasuk tidak menerima layanan sepatutnya, tidak dapat berjumpa pemilik rumah, dan sebagainya, pegawai-pegawai banci menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi, termasuk bertugas di sebelah petang dan malam bagi memastikan proses pembancian berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels