Bernama.com
Am 12 Ogos, 2010 19:37 PM
 
Agro Bank Turunkan Sasaran Pertumbuhan Pinjaman


KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Agro Bank Malaysia, yang sebelum ini dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia, merancang menyemak semula unjuran pertumbuhan pinjamannya kepada 15 peratus berbanding 42 peratus sebelumnya.

"Semakan semula itu dibuat memandangkan sasaran unjusan yang lepas tidak realistik, dan bukannya keadaan ekonomi semasa atau pinjaman tidak berbayar," kata Presiden/Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Said pada majlis pengagihan bubur, di sini hari ini.

Beliau berkata meskipun semakan dibuat ke atas pertumbuhan pinjaman, bank itu berada pada landasan yang baik untuk merealisasikan sasaran keuntungan bersih.

Ahmad berkata keuntungan bersih bank bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2010 diunjur meningkat 30 peratus berbanding RM178.41 juta tahun lepas.

-- BERNAMA

PZE THS LAT
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels