English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Pelan Laman | Meja Bantuan | E-mel Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Arkib Berita
Rencana
Galeri Foto
Pautan
Lain-lain Pautan
Pelancongan Malaysia
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Berita Tengah (kecuali Wilayah Persekutuan)

September 18, 2009 15:17 PM

Anak Bekas Setiausaha Sulit Tun Abdullah Didakwa Miliki Bom Tangan

PETALING JAYA, 18 Sept (Bernama) -- Anak kepada bekas setiausaha sulit mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat terhadap pertuduhan memiliki sebutir bom tangan.

Muhammad Ezra Rusli, 27, didakwa memiliki bom tangan jenis Grenad (M213) di sebuah rumah beralamat C2-67 D'Shire Villa, Jalan Camar 4, Kota Damansara, pada 1 tengah hari, 8 Sept lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 8. Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shah Rizal Abdul Manan tidak menawarkan sebarang wang jaminan kerana ia adalah kesalahan yang serius dan tidak boleh dijamin.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan 19 Okt untuk sebutan semula kes itu.

Sementara itu, Muhammad Ezra, seorang peniaga, turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan iaitu menggugut dan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bapanya, Rusli Abdul Malik, 61.

Muhammad Ezra didakwa menggugut untuk membunuh bapanya dengan menggunakan sepucuk pistol jenis Glock mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bapanya itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di antara 3.30 petang hingga 5 petang, pada tarikh dan di tempat yang sama.

Majistret Aishah Hijriah Arshad tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Okt untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan sama ada tertuduh perlu dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan kesihatan dan untuk melantik peguam bela.

-- BERNAMA

 

Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA. Disclaimer.